04 April 2012

Air Kelantan

Dicatat oleh Ibnu Halim


Apabila membicarakan mengenai istilah "Air Kelantan", pelbagai isu dan tanggapan singgah di benak fikiran kita semua. Tanggapan tersebut yang mungkin datang dari momokan media massa, momokan cerita sekitar, juga tidak kurangnya tanggapan hasil dari penaglaman yang pernah ditmpuhi individu tersebut.

Yang paling banyak dimomokkan ialah Air Kelantan yang dikatakan bermasalah, terkotor di Malaysia, menyebabkan timbul pelbagai penyakit dan sebagainya. Momokan ini ditimbulkan hanya disebabkan Kelantan itu ditadbir oleh parti kepimpinan ulama' yang berlawanan dengan ideologi parti pemerintah kerajaan pusat yang beraliran nasionalisme..

Berbicara mengenai masalah air yang berlaku, memang diakui bekalan air di bawah pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memang bermasalah dari segi bekalan, sumber, kualiti, pengurusan dan sebagainya. Hakikat yang perlu diketahui umum disini, seluruh negeri di Malaysia pun mempunyai masalah air sebegini di negeri masing-masing, bahkan banyak lagi negeri lain yang lebih teruk bermasalah. Rujuk sini. Cuma yang membezakan ialah masalah tersebut disensasikan atau tidak disensasikan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Mengenai kualiti air yang dikatakan air Kelantan adalah terkotor di Malaysia pula, kita perlu merujuk fakta dan sumber kesasihan berita tersebut sebelum mengambil berita tersebut untuk dijadikan fahaman, hujahan mahupun sebaran umum. Perlu kita membuat kajian fakta, air di Kelantan sebenarnya berada di tangga ke-5 yang mengandungi kandungan bakteria & virus, berada dibawah negeri-negeri lain yang lebih 'kaya' dan mendapat dana bantuan pengurusan air berbilion ringgit saban tahun.

Apa yang belum difahami dan diketahui umum, masalah utama yang berlaku dalam isu air di Kelantan adalah disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan bagi menguruskan dan menaik taraf bekalan air. Walaupun semua negeri dalam Malaysia sebenarnya berhak mendapat dana berbentuk geran kerajaan yang berjumlah berbilion ringgit dari kerajaan pusat bagi menguruskan dan menaik taraf air di negeri masing-masing, namun terdapat sebuah negeri yang dicicirkan dari senarai negeri yang saban tahun menerima geran tersebut. Negeri tersebut dinafikan haknya selama belasan tahun dan akhrinya hanya diberikan dana berbentuk pinjaman yang hanya berjumlah ratusan juta. Berbeza dengan negeri lain yang diberikan dana berbentuk geran kerajaan (tidak perlu dibayar balik) dalam jumlah yang banyak, berbilion ringgit. Rujuk sini.

Di negeri itu jugalah, pelbagai momokan ditabur dan disensasikan. Dari segi tinjauan umum yang sempat saya lakukan di beberapa daerah dalam Kelantan, isu ini sebenarnya tidak diambil peduli pun oleh masyarakat setempat, ianya hanya isu politik. Masalah bekalan air memang berlaku, namun hanya di sesetengah tempat yang berada di kedudukan yang agak tinggi, yang berada jauh dari penempatan utama, dan kawasan-kawasan yang masih dalam proses menaik taraf paip bekalan air dan loji air di kawasan tersebut. Mengenai air yang kotor pula, tidak dikatakan pun oleh masyarakat air Kelantan ini kotor hingga menyebabkan timbul pelbagai penyakit dan lebih serius dikatakan menyebabkan punca kematian!

Namun, ada juga golongan masyarakat yang mengutuk pihak kerajaan negeri dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas apabila ditanya mengenai isu air di negeri Kelantan. Ada yang mengatakan air tidak pernah ada, air amat kotor dan berwarna kekuningan, bil melambung tinggi, paip keluar angin tapi meter bergerak serta pelbagai lagi tohmahan dan kata-kata yang kurang enak didengari diluahkan oleh mereka. Setelah diselidiki, memang betul apa yang dikatakan oleh segolongan masyarakat tersebut, namun itu sebenarnya adalah kisah dan situasi 5 - 20 tahun yang dulu!

Perkara itu juga keluar disebabkan segolongan masyarakat tersebut yang sebenarnya berfahaman ideologi politik berlainan daripada ideologi politik pemerintah negeri Kelantan. Saya tersenyum sendirian apabila mengetahui perkara tersebut. Fahaman politik juga sebenarnya mempengaruhi tanggapan dan sensasi sesuatu isu...

Orang yang bermata lalat sentiasa mencari keburukan walaupun kebaikan di depan mata, Sedangkan Orang yang bermata Lebah sentiasa mencari kebaikan walaupun keburukan ada di depan mata..

Anda bagaimana?

1 ulasan:

Anonymous said...

Boh nak tanyo sikit nie, rumoh demo kt tanah merah guna air kelantan jugok ko? sebab saya rasa kebanyakan rakyat kelantan mengunakan air telaga, ter masuklah rumah saya kat kampung pakai enjin je sedut air telaga. cuma malangye kawe terpakse menyewa dekat pengkalan chepa nie disebabkan berkerja disini dan terpaksalaah jugak mengunakan air kelantan nie. bagi pendapat saya la isu air nie memang isu lama tapi tak pernah selesai pun sebab itu yang saya alami sekarang nie, amat menyeksakan. saya rase ade baiknya air kelantan nie diswastakan sahaja, mahal sikit tak pe janji ade air, dan tekanan cukup tinggi untuk naik sampai tangki. kalau murah atau free sekalipun kalau tak ada air tak guna jugak lagi menyusahkan. terasa macam tak berbaloi la bayar bill macam nie, bayar bill walaupun murah tapi air tak de, baik guna engin je bayar bill letrik lagi berbaloi..