Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kalian semua.
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi dipanjangkan umur hingga dapat memasuki tahun baru 2011 ini. Syukur juga kerana Allah telah mengurniakan kita Islam serta masih lagi menetapkan Iman dalam hati kita semua. Tahun 2010 berganti 2011, maka serentak dengan itu jugalah akan bertambah 1 lagi angka dalam umur kita.
Bertambah angka-angka umur maka semakin berkuranglah pula bilangan tahun kehidupan kita didunia yang fana ini. Itu adalah Qada' & Qadar Allah untuk sekalian hidupan di dunia ini yang telah tercatat sejak dalam kandungan lagi. Apabila tiba saat kematian, maka kematian tersebut tidak boleh dilewatkan lagi walau sesaat pun, begitu jugalah tidak boleh dipercepatkan walau sesaaat pun. Itu adalah sebuah ketetapan Allah, tiada rayuan ataupun sogokan lagi boleh mengubahnya.
Istilah Tahun Baru difahami dalam pandangan yang berbeza oleh masyarakat di seluruh dunia hatta di Malaysia sendiri yang berlainan kaum, budaya agama ini. Oleh kerana itulah, kita dapat melihat saban tahun Sambutan Tahun Baru disambut dengan pelbagai cara dan pendekatan yang berbeza mengikut pandangan & pemahaman masing-masing.
Golongan-golongan muda yang 'kehilangan arah hidup' menyambut dengan gaya mereka, meraikan tahun baru dengan 'syurga dunia', dengan amalan-amalan didikan sempurna Barat. Mereka meraikannya habis-habisan dengan pelbagai parti-parti tidak bermoral, konsert tanpa batasan, berdating dengan pasangan masing-masing, merempit bagaikan orang kehilangan akal dan sebagainya. Maka kesannya dijumpai botol-botol arak berselerakan, kondom-kondom bertaburan, kerosakan harta awam dan pelbagai lagi kesan yang jijik untuk diperkatakan. Inilah remaja Melayu kelahiran Malaysia, Harapan 1Malaysia.
Maka bagi mereka yang telah tetap arah hidup, menyambutnya dengan kadar yang sederhana, tidak mengagung-agungkan tahun ciptaan Barat ini. Cukup sekadar Solat Hajat, sedikit ceramah ataupun forum-forum ilmiah serta sedikit muhasabah diri yang perlu difikirkan secara mendalam bagi menjamin keredhaan Allah dalam kehidupan, bagi melayakkan diri mendapat syurga Allah.
Begitu jugalah dengan dasar kepimpinan di sesebuah peringkat yang diamanahkan Allah, yang mana tetap dan faham mengenai arah tuju kehidupan, membimbing dan menganjurkan orang bawahannya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Mengajak kepada kebakan dan mencegah kepada kemungkaran. Itu adalah dasar bagi pihak yang betul-betul berpaksikan janji-janji Allah.
Maka lain halnya pula dengan dasar kepimpinan mereka-mereka yang kehilangan arah tuju hidup, tidak berpijak dalam 'din' Allah yang nyata,. Golongan ini membuat perkara sekadar pemahamannya iaitu dengan pelbagai sambutan yang menyeronokkan nafsu, menyegarkan kemaksiatan, menghalalkan yang diharamkan oleh Allah dan mendatangkan keuntungan duniawi serta mengukuhkan pangakat masing-masing. Rakyat kepimpinannya ditarik daripada tali-tali Allah, digoyahkan keimanan dan aqidah mereka serta didekatkan neraka Allah dengan mereka.
Itulah dua perbandingan bagi mereka yang mempunai kefahaman yang tulen tentang hakikat kehidupan ini dan bagi mereka yang telah kehilangan ataupun tersasar dari hakikat kehidupan sebagai hamba Allah tersebut. Disebeah manakah kita berada sekarang ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita sebelum dimuhasabahkan di depan Allah kelak.
Wallahu a'lam. Semoga kita bersama-sama dalam golongan dan kumpulan yang dipimpian oleh mereka yang dijanjikan kemenangan serta keredhaan Allah, Insya-Allah.

0 ulasan:
Post a Comment