Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Seronok rasanya dapat menyertai Program Perkampungan ICT Kerajaan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun lalu bertempat di Batu 30, Panyit, Machang, Kelantan. Program 3 hari ini melibatkan 61 siswa & siswi dari Kolej Teknologi Darulnaim & Universiti Sains Malaysia yang dijadikan anak angkat untuk penduduk kampung sekitar kawasan ini.
Bermacam-macam program menarik diaturkan. Hari pertama, perasmian program dan majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat telah disempurnakan oleh Dato' Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Dewan Dato' Hassan, Batu 30. Saya bersama kawan, Hayazi diserahkan kepada keluarga Che Hussin yang juga tinggal di Batu 30. Kawan-kawan saya yang lain pula ditemptkan di kampung lain yang agak jauh dari Batu 30 ini. Jam 3 petang, taklimat tunjuk ajar untuk mereka blog telah disampaikan oleh wakil MSC. Taklimat ringkas yang sesuai difahami ini amat sesuai untuk lapisan masyarakat sebagaimana tujuan program ini dianjurkan iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang mahir dan memahami dunia ICT.
Selepas Solat maghrib pula diadakan Ceramah bertajuk Pandangan ICT dari Perspektif Islam yang telah disampaikan oleh Ust Fikri, Imam Masjid Kubang Kerian. Walaupun ceramah diadakan di masjid, namun ianya tidak menghalang penggunaan ICT yang digunakan sepanjang ceramah ini. Pagi keesokan harinya pula, diadakan Forum Kelebihan & Keburukan ICT bertempat di Dewan Dato' Hassan yang membariskan ahli panel terdiri daripada Profesor UiTM, Penggawa Batu 30 dan Abe Jali (Salam Pantai Timur). Barisan ahli panel yang berlainan latar belakang ini telah mengupas isu ini selama 2 jam sehingga jam 12 tengah hari bagi menarik minat hadirin yang terdiri daripada pelajar dan golongan masyarakat sekitar.
Solat Jumaat di Masjid Batu 30 pada hari ini memperlihatkan kelainan bagi masyarakat disini dengan penggunaan teknologi ICT terkini seperti tayangan 'live' sepanjang khutbah dan tayangan slide bergambar berkaitan tajuk khutbah yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh team IT Kerajaan Negeri. Khutbah Jumaat di seluruh negeri pada hari ini juga telah menggunakan khutbah khas iaitu khutbah mengenai ICT. Selepas Solat Jumaat, diadakan Jejak ICT yang melibatkan siswa/i bersama keluarga angkat masing-masing. Program ala explorace ini amat menarik serta meletihkan dan berlangsung hampir 2 jam.
Pada malamnya pula, diadakan Malam Jelajah Angkasa. Diadakan 2 sesi ceramah ringkas iaitu ceramah mengenai pengiraan kalendar hijriah dan masihi serta ceramah dan tayangan mengenai gambaran alam semesta yang begitu luas ini. Banyak informasi baru yang disampaikan pada malam ini berkaitan angkasa lepas yang masih belum diketahui oleh kebanyakan orang terutamanya golongan masyarakat. Pihak mereka juga telah membawa 2 alat yang besar untuk meneropong angkasa lepas, namun cuaca yang sedikit hujan beserta langit yang tebal telah menghalang niat semua hadirin untuk mengambil peluang berharga ini.

Keesokan harinya, Majlis Penutup dan penyerahan kembali anak angkat telah diadakan dan disempurnakan oleh YB Dr Fadzli bin Dato' Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Adun Temangan. Sedih rasanya ingin berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Walaupun program ini diadakan hanya 3 hari, namun pengalaman yang dirasakan bagai seminggu berada disini.
Terima kasih ayah & ibu angkat, Che Hussin dan Zaleha sekeluarga kerana sudi menerima dan melayan kami dengan beitu baik. Terima kasih dan tahniah juga kepada pihak penganjur diatas penganjuran program ini. Semoga program menarik sebegini dapat diadakan lagi dan dipertingkatkan lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Barakallah dan jazakallah untuk semua...

0 ulasan:
Post a Comment