17 November 2009

Jom Puasa Zulhijjah

Assalamualikum, Salam Ukhwah, Salam pengorbanan sempena Zulhijjah yang bakal menjengah tiba tidak lama lagi..

Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan oleh untuk sama-sama menyambut Bulan Zulhijjah yang bakal tiba tidak lama lagi. Dalam menunggu saat tibanya Bulan Zulhijjah yang dinantikan ini, janganlah kita lupa tentang Puasa Zulhijjah yang telah diperkatakan dalam hadis.

Hadis menyatakan, Bulan Zulhijah merupakan salah satu dari 4 bulan haram, dan ia juga dikenali sebagai bulan haji. Hari-hari 10 yang awal darinya, merupakan seafdhal-afdhal hari dalam setahun. Berpuasa pada hari-hari dalam 10 hari awal dari Bulan Zulhijjah ini merupakan perkara yang mulia bagi mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang ke 10, yang merupakan hari Eid, kerana ia diharamkan puasa).

Hari yang paling banyak fadhilatnya dan yang paling afdhal adalah hari ke 9, di mana ada sesetengah hadis menyatakan sesiapa yang berpuasa pada hari 9 Zulhijjah (mengikut Hari Arafah di Mekah), maka akan dihapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki, ada yang menyatakan hanya setakat tahun sebelumnya, serta macam-macam lagi pendapat ulama' muktabar dalam hal berkaitan Puasa Zulhijjah ini.. Tentang fadhilatnya, saya tak ingin bahaskan disini.

Tapi, apa yang penting disini, 9 Zulhijjah ialah yang paling afdhal untuk kita sama-sama berpuasa selain dari hari-hari lain dalam 10 hari terawal Bulan Zulhijjah ini... Wallahua'lam...

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates